Kehidupan peribadi Wani_Kayrie

Wani dilahirkan di Sandakan, Sabah dan membesar di Petaling Jaya, Selangor. Beliau menerima keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya. Beliau memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Tasawwur Islam. Selain itu, beliau juga mencatat keputusan B dalam mata pelajaran Matematik dan C+ bagi subjek Akaun.[8][9]

Pada Mei 2019, beliau membuat laporan polis ekoran gambar dan namanya digunakan oleh 45 akaun palsu bagi menjalankan aktiviti gangguan seksual kepada kanak-kanak perempuan di laman Facebook. Wani mengumpulkan bukti-bukti dan paparan skrin akaun berkenaan bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan kelak.[10] Wani menambah bahawa akaun-akaun palsu yang menggunakan nama komersialnya, Syazwani Sapari, dari zamannya dalam rancangan Kamilah Bintang.[11][12]

Rujukan

WikiPedia: Wani_Kayrie http://www.azhan.co/biodata-wani-kayrie-penyanyi-l... http://www.kosmo.com.my/hiburan/gambar-nama-disala... http://www.kosmo.com.my/terkini/penyanyi-wani-kayr... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/wani-kayrie-... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/wani-kayrie-... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/wani-kayrie-... https://www.facebook.com/WaniKayrie https://www.instagram.com/WaniKayrie/ https://www.malaymail.com/news/showbiz/2019/05/13/...